cahaya malaysia - fiber optik

. . No comments:
Sistem kabel dasar laut antarabangsa terkini Telekom Malaysia Bhd (TM), Cahaya Malaysia, yang menghubungkan Malaysia ke Jepun, akan mula menyalur trafik Internet pada 20 Ogos.
Dalam kenyataan hari ini, TM berkata hubungan ke Hong Kong dijadual siap pada suku pertama 2013.

Cahaya Malaysia, yang memulakan pembinaan pada Januari 2011, ialah sistem dua pasang gentian milik penuh TM dalam sistem kabel 6 pasang gentian dasar laut Ekspres Asia (ASE) yang menghubungkan Malaysia ke Japan, Hong Kong, Filipina dan Singapura.

Ia berkata sistem kabel ASE merupakan usaha sama dengan NTT Communications Corp Jepun, Long-Distance Telephone Co Filipina dan StarHub Singapura. "Kabel sepanjang 7,800km, dibangunkan khusus untuk memaksimumkan kebolehpercayaan menahan gempa bumi dan keroskan akibat taufan dan melalui jarak yang paling pendek ke Jepun.

"Ia akan meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan rangkaian global TM dengan meningkatkan keupayaan dan mengukuhkan syarikat dan menyediakan Malaysia dengan capaian serantau yang lebih baik dan sambungan lancar," katanya.

TM berkata sistem kabel itu akan menyediakan laluan alternatif di rantau Asia Pasifik bagi mengelak kawasan yang kerap mengalami aktiviti seismik yang berbahaya kepada kabel dasar laut.

Naib Presiden Eksekutif Global, TM, Mohamad Rozaimy Abd Rahman, projek itu menunjukkan komitmen TM untuk melabur dalam pembangunan komunikasi protokol Internet di Asia dan menyediakan sambungan Internet yang lebih pantas yang membolehkan pengguna melayari Internet dengan lebih baik.

"Sebagai penyedia utama telekomuniasi negara, TM bekerja bersama keajaan bagi memenuhi aspirasi Program Transformasi Ekonomi terutama dalam komunikasi dan infrastruktur kandungan," katanya.

TM memiliki dan memajak kapasiti bagi lebih 10 sistem kabel dasar laut yang meliputi 60,000 batu laluan gentian di seluruh dunia

No comments:

Post a Comment