surface |
Bagaimanapun, Microsoft hanya membiarkan banyak soalan tidak terjawab selepas Apple melibatkan diri ke dalam perniagaan perkakasan tablet Surface baru berasaskan Window 8.
Mungkin untuk memberikan kejutan kepada pengguna, Microsoft berkata, tablet Surface baru yang dimaksudkan sebagai perkakasan sahabat bagi Windows 8 - pembaikpulihan open space (OS) yang paling dramatik sejak Windows 95. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, pihaknya mahu memberi Windows 8 satu sahabat inovasi bagi perkakasan mereka sendiri. "Windows 8 dijangka boleh didapati pada musim luruh akan datang," katanya.Jenama Surface pada asalnya digunakan untuk skrin sentuh komputer meja Microsoft yang dilancarkan pada 2007.
Melihat pada spesifikasinya, peranti baru ini nampaknya mempunyai harapan dan tanggapan awal yang positif. Tablet ini datang dengan paparan skrin 10,6-inci dan papan kekunci sangat nipis yang melekat pada peranti ini dengan magnet. Terdapat dua jenis model Surface, pertama dengan Windows PC dan kedua Surface Pro dengan Windows 8 Pro.
Windows PC adalah versi Windows 8 direka untuk pemproses ARM; ia termasuk mesra sentuhan dengan antara muka Metro, serta versi terhad desktop tradisional Windows untuk fungsi Internet Explorer dan Microsoft Office. Tablet Surface dengan Windows PC akan termasuk port slot mikro, USB 2.0 dan Mikro HD. Berat peranti berkenaan kira-kira 1.5 paun dan tebalnya 0.36 inci. Microsoft tidak menyebut mengenai pemprosesan tetapi memberitahu tablet akan datang dengan penyimpanan pilihan anda 32GB atau 64GB.
Tablet Microsoft Surface Pro berasaskan Intel dengan akses kepada Metro UI bagi fungsi penuh Windows desktop dan ditawarkan dengan versi 64GB dan 128GB.
Tablet akan mempunyai slot kad microSDXC, port USB 3.0 dan Mini Display Port. Pro Surface mempunyai berat di bawah dua paun dengan tebal hanya setengah inci.
Itulah apa yang kita tahu tentang Surface tetapi terdapat juga beberapa soalan menarik untuk ditanya kepada Microsoft.
Mari andaikan bahawa tablet setanding untuk versi Windows RT, bermakna pemimpin pasaran seperti iPad Apple, jadi model Surface mesti berharga sekitar AS$600 bagi versi 32GB dan AS$700 bagi model 64GB.
Berapa harga peranti Surface Pro sebenarnya jika Microsoft mahu bersaing dengan PC Ultrabook? Apabila Intel memperkenalkan komputer riba pada musim bunga 2011, ia sepatutnya berharga di bawah AS$1,000. Tetapi ia hanya menjadi realiti dengan Ultrabooks generasi kedua.
Peranti seperti Lenovo U310 dan 410 berharga antara AS$750 dan AS$800, manakala Vizio yang melancarkan beberapa Ultrabook bermula dengan harga AS$800. Adakah harga Surface akan kurang AS$1,000 atau Microsoft mengikut jejak Samsung bagi Series 9 yang berharga AS1,400 hingga AS$1,500 atau Asus Zenbook Prime UX31A dengan harga AS$$1,100??
Surface Pro dijadual dipasarkan kira-kira tiga bulan kemudian, bermakna pada awal 2013.
Mungkinkah Surface bakal mengubahnya kerana ia menawarkan apa yang tidak dimiliki oleh iPad. Ini benar bagi Surface Pro. Ia adalah komputer rumah Windows dengan papan kekunci tablet yang direka khusus untuk menaip. Ini bermakna pengguna boleh mengambil semua program yang anda gunakan dan letakkannya pada satu saiz tablet.
Malah versi kemasukan tahap Surface yang menjalankan PC Windows menawarkan antara muka desktop yang lebih akrab (walaupun dengan kefungsian terhad) bagi mereka yang mahu desktop asas.
No comments:
Post a Comment