penggunaan apple

. . No comments:
Hindari daripada amalan log in atau masuk ke dalam komputer secara automatik.

Ia boleh dikonfigurasikan pada Login Option di Account dalam System Preference.

Masukan nilai Off pada Automatic Login dan tukar kepada Display Login Windows dengan

Name and Password.

Pasang perisian antivirus kepada komputer Mac dan kemas kini fail enjinnya selalu.

Walaupun dikatakan komputer Mac kebal virus tetapi ia boleh menjadi pembawa virus dan seterusnya menjangkiti komputer yang lain.

Di antara perisian antivirus yang digunakan untuk komputer Mac adalah seperti CalmXav, Sophos dan lain-lain.

Amalkan budaya selamat dalam melayari Internet. Boleh menggunakan aplikasi OpenDNS

dan Google Public DNS untuk mengurangkan masalah spoofing dan phising ketika

melayari Internet.

Penggunaannya tidak memerlukan proses pemasangan tetapi hanya memasukkan alamat

IP bagi aplikasi DNS tersebut ke dalam konfigurasi rangkaian atau pelayar web yang

digunakan.

Sebagai contoh, untuk OpenDNS, masukkan alamat IP 208.67.222.222 dan 208.67.220.220

pada ruangan kosong DNS. Bagi Google Public DNS, masukkan alamat IP 8.8.8.8 and

8.8.4.4 pada ruangan kosong DNS.

Hidupkan dan konfigurasikan dengan selamat aplikasi Firewall Lion dalam komputer Mac.

Ia membantu menghalang keluar dan masuk trafik rangkaian yang tidak perlu dalam

sesebuah komputer Mac.

Lebih banyak servis yang kena blok akan menyukarkan proses pencerobohan ke atas

sesebuah komputer.

Penggunaan aplikasi FileVault dalam komputer Mac. Ia merupakan satu aplikasi yang

digunakan untuk perlindungan data dan fail yang ada di dalam komputer Mac.

Ia juga mempunyai fungsi enkripsi untuk sesuatu data yang penting dan sensitif.

Buat kajian yang terperinci terlebih dahulu sekiranya ia perlu digunakan dan pastikan

berada dalam polisi teknologi maklumat sekiranya perlu.


Penggunaan komputer yang selamat perlu bagi mengelakkan masalah yang lebih besar

lagi menimpa seperti kehilangan data, reputasi diri, wang dan nyawa.

Kos penyediaan perimeter keselamatan ini lebih murah berbanding kos untuk

mengembalikan data yang telah rosak atau hilang. Fikir-fikirkanlah ketika menggunakan

komputer.

No comments:

Post a Comment