Tetikus untuk lima pengguna

. . No comments:
NAVIGASI dan pengendalian sistem pengkomputeran pasti tidak akan lengkap tanpa kehadiran peranti tetikus. Walau pun bersaiz kecil, namun peranannya cukup besar dalam membantu pengguna menyelaras aplikasi komputer tidak kira secara ringkas mahupun sofistikated.Hanya satu klik pada alat itu, semua perisian dan aplikasi dapat dibuka serta dikawal dengan tepat dan lancar.Peringkat awal penciptaan tetikus, ia disokong oleh sambungan wayar dan bebola di bahagian bawahnya untuk tujuan kelancaran operasi.

Hari ini, teknologi tetikus telah diperluas ke peringkat tinggi menerusi kelebihan seperti sokongan pergerakan optik, sambungan secara tanpa wayar, skrol bar di tengah, akses Bluetooth dan sebagainya. Memperluaskan lagi fungsi moden dan terkini itu, syarikat pengeluar produk elektronik, Vertex Distribution Sdn. Bhd. telah tampil dengan model tetikus wayarles A4Tech G10.

Ia mengetengahkan inovasi penerimaan isyarat dengan laluan sekali gus membenarkan navigasi untuk lima pengguna secara serentak. Dengan kelebihan itu, ia sesuai diaplikasikan untuk aktiviti seperti mesyuarat, pembentangan kertas kerja, permainan video dan multimedia serta pengajaran dalam kelas. Untuk tujuan pengintegrasian, setiap pengguna akan dilengkapi identiti pengenalan atau warna paparan tersendiri. Pengguna pula kemudiannya akan mengambil giliran mengawal operasi komputer menggunakan tetikus berkenaan untuk kemasukan input atau memberi penerangan.

Keunikan lainnya, ia disempurnakan bersama petunjuk laser dan pen tutor dengan lima pilihan warna. Tidak cukup dengan itu, ia turut didatangkan bersama pad mobiliti dikenali sebagai Air Pad untuk kemudahan pengoperasian secara bebas. Menerusi teknologi No-lag pula, tetikus wayarles tersebut menawarkan kawalan kursor yang lebih lancar tanpa gangguan. Dengan semua kelebihan itu, peranti berkenaan kini dijual pada harga pasaran RM149. Maklumat lanjut sila layari laman web www.vertex.com.my.

No comments:

Post a Comment