samsung wave 575

. . No comments:
wave 575
PENGHUJUNG tahun 2009 menyaksikan syarikat media digital terkenal, Samsung Electronics Co. Ltd. mencipta sistem operasi terbuka untuk diintegrasikan bersama rangkaian telefon bimbit keluaran mereka. Dikenali sebagai Samsung bada, pembangunan platform itu bermatlamat menyediakan aplikasi dan pengalaman telekomunikasi terbaik kepada para pengguna.Produk selular pertama yang menggunakan sistem operasi tersebut adalah model Samsung Wave S8500.Meneruskan kecemerlangan legasi teknologi itu, Samsung baru-baru ini memperkenalkan pula model Samsung Wave 575 dengan keupayaan platform yang sama.

Ia hadir bersama pacuan teknologi mobiliti pintar dan efisien dalam usaha memastikan pengguna sentiasa berhubung dengan sesiapa dan di mana sahaja. Bagi tujuan tersebut, Samsung Wave 575 telah tersedia bersama perisian seperti Facebook dan Twitter supaya pengguna boleh mengaksesnya terus daripada skrin utama. Tidak cukup dengan itu, ia turut disempurnakan bersama teknologi Samsung Social Hub untuk integrasi senarai kontak bersama e-mel, mesej pantas (IM) dan juga rangkaian sosial. Melalui aplikasi Ultimate Box pula, pengguna boleh mengurus serta mengemaskini kesemua mesej dan e-mel mereka secara serentak.

Bagi memberi pilihan aplikasi untuk dimuat turun, pengguna Samsung Wave 575 ditawarkan dengan platform Samsung Apps untuk capaian sama ada melalui peranti telefon bimbit itu sendiri atau komputer. Antara aplikasi yang ditawarkan adalah seperti permainan video, navigasi perjalanan, buku elektronik, maklumat kesihatan dan juga gaya hidup. Dari segi binaan luarnya, Samsung Wave 575 mempunyai reka bentuk yang unik, nipis dan berkualiti. Kelebihan lainnya pula ditampilkan menerusi sokongan sambungan Wi-Fi berkelajuan tinggi, sistem penentu kedudukan global (GPS) dan capaian informasi kedudukan geografi melalui Google Latitude.

Untuk keupayaan multimedia, model ini didatangkan bersama kamera tiga megapiksel, rakaman dan permainan video serta platform pelayaran web Dolfin. Dengan segala kelebihan itu, Samsung Wave 575 kini boleh diperolehi daripada pengedar yang sah dengan tawaran harga RM729. Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya, sila layari laman web www.samsungmobile.com.my.

No comments:

Post a Comment