viewsonic projector

. . No comments:

pjd7
saiznya tidak besar dan boleh dimuatkan dalam beg laptop, malah rekaannya mengekalkan ciri moden. Itulah kelebihan dua siri projektor dihasilkan ViewSonic menerusi siri PJD7 dan Pro8 yang masing-masing mempunyai dua model.Menariknya, ViewSonic memaklumkan, kedua-dua siri ini sesuai untuk digunakan dalam bidang pendidikan terutama dalam kelas yang mempunyai pelajar di peringkat menengah atau rendah.

Siri PJD7 dengan modelnya PJD7383i dan PJD7583wi memiliki kekuatan pancaran ke skrin bersaiz sehingga 80 inci dari jarak hanya satu meter malah dilengkapi perisian yang membenarkan tontonan tiga dimensi (3D). Lebih menarik, ia disertakan dengan pen interaktif yang membolehkan penggunanya berkomunikasi dengan paparan yang dipancarkan projektor dengan pelbagai mod warna.


pro8

Selain itu, siri PJD7 juga dilengkapi sistem sambungan luaran seperti slot USB untuk membolehkan pengguna memainkan segera filem atau imej tanpa sambungan ke pemacu simpanan luaran.  Siri Pro8 dengan model Pro8200 dan Pro8500 menggunakan teknologi dihasilkan menerusi enjin khas menghasilkan kontras dinamik mengagumkan yang menyediakan visual lebih jelas.

Pengguna berpeluang mengubah tahap kecerahan cahaya luminen projektor berdasarkan kesesuaian suasana.


Spesifikasi
PRODUK: ViewSonic PJD7383i
HARGA: RM5,999
RESOLUSI: 1024x768 piksel
JARAK PANCARAN: 0.4 hingga 3.7 meter
KECERAHAN: 3000 lumen
NISBAH KONTRAS: 3000:1
LENSA: zum manual, fokus tetap
DIMENSI: 290 x 126 x 254mm
BERAT: 3.5kg
CIRI UNIK: pen interaktif

Spesifikasi
PRODUK: ViewSonic PJD7583wi
HARGA: RM6,999
RESOLUSI: 1280 x 800 piksel
JARAK PANCARAN: 0.4 hingga 3.7 meter
KECERAHAN: 3000 lumen
NISBAH KONTRAS: 3000:1
LENSA: zum digital, fokus manual
DIMENSI: 290 x 254 x 126mm
BERAT: 3.5kg
CIRI UNIK: pen interaktif, HD

Spesifikasi
PRODUK: ViewSonic Pro8200
HARGA: RM5,099
RESOLUSI: 1920 x 1080 piksel
JARAK PANCARAN: 0.9 hingga 10.0 meter
KECERAHAN: 2000 lumen
NISBAH KONTRAS: 4000:1
LENSA: zum manual 1.5x, fokus manual
DIMENSI: 333 x 263 x 110mm
BERAT: 3.9kg
CIRI UNIK: slot HDMI, sesuai untuk menonton filem

spesifikasi
PRODUK: ViewSonic Pro8500
HARGA: RM7,999
RESOLUSI: 1024 x 768 piksel
JARAK PANCARAN: 1.2 hingga 10.0 meter
KECERAHAN: 5000 lumen
NISBAH KONTRAS: 4500:1
LENSA: zum manual optikal 1.5x, fokus manual optikal
DIMENSI: 332.7 x 121.9 x 264.2mm
BERAT: 3.9kg

CIRI UNIK: kecerahan tinggi, WiFi

No comments:

Post a Comment