Olympus taruh lensa i-ZUIKO

. . No comments:
OLYMPUS membuka tirai 2011 dengan memperkenalkan kamera siri XZ terbarunya iaitu XZ-1 yang mengguna pakai sistem lensa generasi baru bagi kamera SLR untuk dipertaruhkan sebagai pemacu jualannya tahun ini.Pendedahan model XZ-1 mempamerkan kesungguhan Olympus memenuhi keghairahan fotografi pengguna yang mencari kamera sokongan kepada kamera DLSR bagi kegunaan ketika percutian atau tugasan luar. Berasaskan resolusi 10 megapiksel, Olympus XZ-1 dibina bagi memudahkan operasi dan kawalan sepenuhnya terhadap kamera ketika rakaman gambar dilakukan dalam keadaan kritikal, termasuk ketika menggunakan unit lampu flash binaan dalamnya.

Bukan itu saja, ia menawarkan kadar zum hingga empat kali daripada 28mm sehinggalah 112mm yang menggunakan lensa i-ZUIKO Digital.
Beberapa mod yang diperkenalkan membolehkan pengguna mengendalikan kamera ini secara manual seperti menggunakan kamera profesional untuk menentukan kecerahan warna imej, warna latar belakang, kecerahan, darjah kekaburan latar belakang dan pergerakan.

Olympus XZ-1 ditawarkan pada harga cadangan RM1,799 untuk pasaran tempatan, bermula pada pertengahan bulan ini.

SPESIFIKASI
PRODUK: Olympus XZ-1
HARGA: RM1,799
RESOLUSI: 10 megapiksel
PENGESAN: 1/1.63" HS CCD
ENJIN: TruePicV
ZUM: Zum optikal 4x
JENIS LENSA: i-ZUIKO Digital
LENSA: F1.8
PAPARAN: 3 inci OLED 610K
CIRI UNIK: Art Filter, mod pencahayaan rendah, Live Guard

No comments:

Post a Comment