GoFLEX Pemacu luaran

. . No comments:
BAGI memenuhi kegemaran peribadi komuniti Mac, Seagate hari ini memperkenalkan koleksi baru pemacu luaran GoFlex untuk Mac yang direka khusus demi kemudahan pengguna Mac OS X dan Time Machine dalam menyalin, menghantar atau berkongsi kandungan digital. Penyelesaian desktop berformat HFS+ mudah alih baru itu serasi sepenuhnya dengan perisian salinan Apple Time Machine dan sementara masih boleh berfungsi dalam komputer sama ada Microsoft Windows atau Mac OS X.

Malah, ciri-ciri unik pemacu GoFlex untuk Mac membolehkannya dapat digunakan dalam komputer dengan sistem operasi Windows cuma dengan memuat turun panduan HFS+ untuk Windows melalui Seagate.com.Setiap produk GoFlex untuk Mac sedia dilengkapi dengan FireWire 800, adapter USB 2.0 dan kabel - antara muka yang paling popular untuk komputer Apple.Malah ia menawarkan fleksibiliti penukaran antara muka pemacu itu ke USB 3.0 atau dengan eSATA bagi penggunaan dalam komputer Windows.

Kabel antara muka GoFlex ini dapat mencapai kelajuaan, prestasi dan penyambungan yang diinginkan oleh para pengguna dengan perbelanjaan yang sewajarnya dengan perubahan teknologi.  Siri pemacu luaran GoFlex untuk Mac termasuk:  lGoFlex for Mac ultra-portable drive- pemacu mudah alih 2.5 inci ini adalah direka khas untuk penggunaan Apple Time Machine yang mudah beroperasi sama ada menukar atau mengemaskini fail sebelum fail itu diciptakan. lGoFlex for Mac Limited Edition ultra-portable drive- Pemacu mudah alih edisi terhad GoFlex untuk Mac ditawarkan dengan pakej storan 1TB dalam bentuk faktor 2.5 inci yang mengikut piawaian, menjadikannya pemacu berkapasiti tinggi yang ternipis dalam parasan pada hari ini.

lGoFlex Pro for Mac ultra portable- Pemacu 2.5 inci dengan kelajuan 7200RPM ini menyampaikan prestasi unggul untuk profesional yang memerlukan penyimpanan kapasiti tinggi, seperti artis grafik, ahli muzik, jurugambar video atau jurugambar.  lGoFlex Desk for Mac drive- Pemacu luaran berkapasiti tinggi 3.5 inci mempunyai rekabentuk yang fleksibel supaya ia boleh diletak secara melintang atau menegak dalam tempat kerja anda. Pemacu ini boleh menyalin fail melalui Apple Time Machine. Seagate adalah pemimpin sedunia pemacu cakera keras dan penyelesaian penyimpanan. Maklumat lanjut sila melayari http://www.seagate.com.

No comments:

Post a Comment