ViewSonic lancar tablet ViewPad 7

. . No comments:
VIEWSONIC yang popular dengan produk paparan visual menyertai pasaran tablet dengan ViewPad7 bersaiz 7.0 inci. Tablet dikatakan semua dalam satu paling nipis di dunia ini membolehkan anda melayari Internet dengan sistem Android 2.2 yang dilengkapi ciri seperti Android Market(TM), Google Maps, Voice Search, Gmail YouTube, 3G video call, GPS, dwi stereo, Documents-to-Go dan banyak lagi.
 
ViewPad7 bercirikan dua kamera web untuk membenarkan fungsi VOIP yang disediakan perisian komunikasi oleh pihak ketiga dengan kualiti 3.0MP dan lensa fokus automatik.

Berbanding produk lain, peranti ini mempunyai GPS/AGPS terbina di dalam manakala setorannya disokong kad microSD dengan kapasiti maksimum 32GB. 
Ia dijual bakal dijual di Malaysia dalam tempoh terdekat dengan harga RM1,799.

SPESIFIKASI
PRODUK: ViewPad 7
HARGA: RM1,799
SAIZ: tujuh inci
RANGKAIAN: GSM quadband, UMTSband
PEMPROSESAN: Qualcomm MSM 7227 600MHz
MEMORI: 512MB
SISTEM OPERASI: Android 2.2
SLOT KAD: microSD
WIFI: 802.11 b/g
BATERI: 3240 mAh
DIMENSI: 179 x 110 x 11.5mm
BERAT: 375g

No comments:

Post a Comment