
Teknologi Fast Start Samsung membolehkan pengguna membuka notebook mereka dalam beberapa saat sahaja. Ciri-ciri itu menamatkan pengalaman menunggu di hadapan komputer riba untuk menunggunya hidup. Model SF410 juga mempunyai butang kawalan tanpa wayar sentuhan yang membenarkan sambungan segera tanpa langkah-langkah sukar. Kombinasi teknologi Fast Start dan sentuhan tanpa wayar itu bermakna penggunanya dapat melayari Internet dengan pantas dan efisien. Selain membenarkan penggunanya bekerja dengan pantas, model itu juga membantu penggunanya kekal berhubung dengan alat-alat lain. Kelebihan itu wujud kerana SF410 mempunyai kelebihan Sleep & Charge apabila ia dapat mengecas sebarang alatan tanpa ia dihidupkan terlebih dahulu. Contohnya, apabila telefon, kamera atau alatan elektronik lain kehabisan bateri, sambungkan dengan notebook Samsung SF410 anda menggunakan sambungan USB yang disediakan dan ia dapat menyerap kuasa serta merta.

Seperti model SF410, model RF410 juga dilengkapi teknologi Fast Start. Kelebihan lain model itu ialah skrin beresolusi tingginya yang memaparkan warna terang dan paparan LED 16:9 yang menyampaikan imej tepat dan kejelasan warna. Pengalaman menggunakan model itu seterusnya diperhebatkan dengan skrin SuperBright yang menghapuskan efek cermin. Selain itu, sama ada anda menggunakannya untuk mendengar lagu-lagu MP3 atau filem aksi, kualiti bunyinya pasti memberi perbezaan ketara. Samsung RF410 menggunakan sistem Enhance Acoustic Chamber dan pembesar suara dual 3-watt yang dipertingkatkan oleh SRS Premium Sound.Dengan notebook RF410, anda dapat menikmati komputer riba yang bergaya melalui rekaan metalik berpusarnya yang menampilkan permukaan seperti aluminium.
No comments:
Post a Comment