Pemacu hibrid taruhan Seagate

. . No comments:
PENERAJU pemacu dan penyelesaian simpanan, Seagate, mengumumkan pemacu cakera keras Seagate siri FreeAgent GoFlex serta Momentus XT, pemacu keras hibrid solid state untuk laptop yang meraih Anugerah Rekabentuk dan Kejuruteraan Inovasi CES 2011.
Produk yang layak menyertai program berprestij ini dinilai oleh satu panel pengadil terkemuka yang terdiri daripada pereka bentuk bebas industri, jurutera dan media memberi pengiktirafan kepada reka bentuk produk yang canggih serta kejuruteraan terkini dalam 35 kategori produk elektronik pengguna.

Sistem penyimpanan GoFlex termasuk pemacu mudah alih dianggap ‘plug-and-play’ dan mudah digunakan dengan susunan kabel yang boleh ditukar selalu serta adapter desktop fleksibel bagi orang mengumpul, melindungi, berkongsi dan menikmati memori digital mereka. Selain daripada pelbagai adapter berkabel, pemacu GoFlex boleh digunakan dengan aksesori seperti peranti perkongsian media GoFlex Net serta pemain media HD GoFlex TV yang menyambung kandungan media dalam TV, satu rangkaian, peranti mudah alih atau melalui Internet.

Pemacu Momentus XT pula adalah pemacu cakera keras laptop bersaiz 2.5 inci yang paling pantas di dunia menggabungkan prestasi SSD serta kapasiti tinggi dan juga kos HDD yang amat rendah. ia dilengkapi dengan ciri teknologi Adaptive Memory iaitu teknologi terkini dari Seagate yang dapat mempelajari dan mengoptimumkan prestasi pemacu bagi setiap pengguna dengan memindahkan maklumat sering guna ke perkakas mudah alih demi penggunaan yang lebih cepat. Selain itu, ia berupaya meningkatkan prestasi 100 peratus lebih cepat berbandinng pemacu 5400RPM tradisional iaitu kelajuan putaran utama untuk laptop yang menawarkan sistem baru bagi laptop dan permainan.

No comments:

Post a Comment