

Dalam pada itu, dalam ujian yang dijalankan, ThinkPad berjaya melepasi ujian tumpahan air pada papan kekuncinya dan masih berfungsi apabila segelas air dituang ke atasnya. Sementara itu, sebuah notebook jenama lain padam dalam tempoh sembilan saat dalam ujian sama. ThinkPad juga tahan lasak kerana kelebihan reka bentuk seperti ruang aliran tumpahan air yang mengelakkan sisa air tertinggal dan tapak di setiap penjuru pada bahagian bawahnya yang mengambil idea tapak kaki kucing.
“Kucing mendarat dengan selamat walaupun pada ketinggian bahaya. Justeru, idea berkenaan diserap pada rekaan ThinkPad menjadikannya tahan lasak apabila terjatuh dan tidak mudah rosak,” kata Arimasa. Katanya, walaupun ThinkPad diwujudkan untuk kegunaan perniagaan tetapi harganya masih berpatutan sebagaimana bajet IT kecil. Justeru, ia masih hebat daripada segi produktiviti dan sistem perlindungan aktif.
Lebih menarik lagi katanya, ThinkPad menjadi satu-satunya jenama komputer riba yang digunakan oleh angkasawan semasa berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). “Untuk melayakkan sesebuah notebook digunakan di angkasa lepas, ia mestilah sebuah produk yang tahan lasak dan tahan lama kerana di angkasa tiada orang yang akan membantu jika komputer anda rosak,” katanya.
No comments:
Post a Comment