Netbook boleh putar Fujitsu

. . No comments:
JENAMA terkemuka dunia, Fujitsu PC Asia Pacific Pte Ltd (Fujitsu) mengumumkan netbook LIFEBOOK T580 dan TH550, tablet PC korporat pertama dengan ciri teknologi empat poin pelbagai sentuh dan tiga kaedah input yang membolehkan pengguna untuk menulis, menaip dan menggerakkan fungsi skrin sesentuh jauh lebih baik.

Kedua-duanya hanya seberat 1.4 kilogram dilengkapi paparan 10.1 inci yang direka untuk memperkayakan fungsi multimedia, visual dan pengalaman mudah alih. Meskipun kecil, tablet ini dikuasai pemproses Intel Core i3-380UM / i5-560UM / Pentium U5400 / set cip Intel HM55 yang memastikan kekuatan pemprosesan optimum dan bateri maksimum hingga 7.2 jam.

Ciri teknologi empat poin pelbagai sentuh dan tiga kaedah input menambah pengalaman lancar ketika menggunakan skrin sesentuh yang mengelakkan kegagalan mengesan sentuhan.
Output dalaman HDMI dan VGA memungkinkan pelanggan menikmati video yang luar biasa dan pengalaman audio mengagumkan ditambah skrin boleh ubah secara menegak atau melintang. Fujitsu LIFEBOOK T580 dan TH550 sedia setiap Fujitsu reseller rasmi dengan harga runcit yang disyorkan masing-masing RM3,988 dan RM3,688.

Spesifikasi
PRODUK: Fujitsu LIFEBOOK T580/TH550
HARGA: RM3,988/RM3,688
OS: Windows 7 Home Professional
PEMPROSESAN STANDARD: Intel Core i5-560UM
MEMORI: 2GB DDR3, 800 MHz, PC3-6400, SODIMM
PEMACU CAKERA KERAS: SSD SATA, 128 GB, 2.5 inci
SET CIP: Intel HM55
PAPARAN: 10.1 inci
ANTARAMUKA: kad memori, kad sim, VGA, HDMI
DIMENSI: 270 x 189 x 39.7mm
BERAT: 1.4kg



Spesifikasi
PRODUK: Fujitsu LIFEBOOK TH550
HARGA: RM3,688
OS: Windows 7 Home Premium
PEMPROSESAN STANDARD: Intel Core i3-380UM (ULV) (1.33 GHz), 3MB, 800 MHz
MEMORI: 2GB DDR3, 800 MHz, PC3-6400, SODIMM
PEMACU CAKERA KERAS: SSD SATA, 128 GB, 2.5 inci
SET CIP: Intel HM55
PAPARAN: 10.1 inci
ANTARAMUKA: kad memori, kad sim, VGA, HDMI
DIMENSI: 270 x 189 x 39.7mm
BERAT: 1.4kg

No comments:

Post a Comment