gaya masa kini - Motorola FLIPOUT

. . 1 comment:
TERUS memacu kecemerlangan dalam aktiviti penghasilan produk telekomunikasi, syarikat teknologi terkenal, Motorola baru-baru ini memperkenalkan model telefon bimbit pintar terbarunya, Motorola FLIPOUT. Hadir bersama rekaan unik serta kompak berbentuk segi empat tepat, ia bakal memberi keselesaan untuk aktiviti komunikasi secara mobiliti. Keunikan spesifikasinya pula ditampilkan menerusi paparan skrin sentuh mudah bersaiz 2.8 inci, pemfokusan menggunakan sentuhan dua jari serta papan kekunci QWERTY gelongsor tepi.

Dengan kelebihan itu, ia pasti akan melengkapkan urusan komunikasi pengguna secara menyeluruh. Menerusi Motorola FLIPOUT, pengguna turut diberi peluang menentukan sendiri kandungan paparan pada skrin utamanya. Bagi yang menggemari muzik pula, model ini disempurnakan bersama aplikasi pengecaman ID lagu untuk tujuan memaparkan lirik sesebuah lagu yang dimainkan. Paparan antara muka untuk permainan muziknya pula membolehkan pengguna mengakses lagu kegemaran secara lebih mudah selain mencari frekuensi radio menerusi Internet.

Tidak cukup dengan itu, model berkenaan juga boleh diselaraskan bersama platform web Google untuk capaian kepada laman seperti Googe Search, Google Maps, Gmail dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, Motorola FLIPOUT dilengkapi aplikasi CrystalTalk PLUS untuk tujuan memperbaiki kualiti suara ketika membuat panggilan selain mengurangkan bunyi bising keliling. Untuk fungsi pengimejan, ia dilengkapi kamera tiga megapiksel dengan teknologi Kodak Perfect Touch untuk kualiti gambar yang lebih baik selain boleh di muat naik secara terus kepada laman-laman web rangkaian sosial dan perkongsian foto. Motorola FLIPOUT didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, hijau dan merah

1 comment:

  1. Blognya sungguh menarik dan desainnya seksi banget…

    ditunggu kunjungan baliknya di blog saya Mobil Terbaru

    ReplyDelete