zylo - muzik tanpa batasan

. . No comments:
MUZIK sukar dipisahkan dalam kehidupan, seharian apatah lagi dengan teknologi yang semakin berkembang maju pada hari ini. Telefon bimbit tidak terkecuali dibangunkan untuk memberi kepuasan kepada pengguna menjamu halwa telinga dengan irama muzik kegemaran. Diinovasi dengan tujuan itu telefon bimbit Walkman keluaran terbaharu Sony Ericsson, Zylo menampilkan pembaharuan dalam memberi muzik tanpa batasan kepada pengguna khususnya penggemar seni muzik.

Model Zylo yang hanya mempunyai berat 115 gram (g) didatangkan bersama Walkman media player versi 4.0 tentu sekali akan memberi kepuasan kepada pengguna menikmati muzik kegemaran mereka di mana-mana sahaja. Bahkan, paparan antara muka versi terbaharu itu juga lebih berdaya maju dan menarik sehingga memudahkan pengguna mencari lagu melalui artis, album, genre ataupun fail.  Pengguna juga boleh mencipta senarai lagu peribadi mereka mengikut lagu kegemaran dengan mudah dan berkesan.

Menepati cita rasa pengguna khususnya golongan muda, Zylo turut menawarkan pelbagai tema antara muka yang ranggi.  Sebanyak lapan gaya menarik paparan skrin boleh dipilih pengguna apabila muzik dimainkan.  Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memilih 10 equaliser untuk mengawal kualiti muzik yang dimainkan pada telefon bimbit Walkman itu.
Antara equaliser tersebut termasuk unik, soul, easy, bass, treble, heavy, pop, jazz dan normal.

Zylo yang mempunyai reka bentuk menarik dengan papan kekunci gelungsur turut memudahkan pengguna mendengar muzik apabila terdapat butang pada bahagian kanan iaitu Walkman. Dengan skrin 2.6 inci, Zylo turut didatangkan dengan radio FM dan permainan baharu iaitu Music Genie. Menariknya tentang permainan ini adalah pengguna boleh memilih avatar dan menari bersama menggunakan panduan anak panah. Pengguna juga boleh mengumpul wang untuk menukar pakaian avatar berkenaan agar kelihatan lebih bergaya.

Selain daripada mendengar muzik, Zylo turut didatangkan dengan pelbagai permainan tiga dimensi (3D) untuk menghilangkan rasa bosan pengguna. Aplikasi lain yang terdapat pada telefon bimbit ini termasuk Facebook, YouTube, Neoreader, Accuweather dan banyak lagi. Telefon bimbit Walkman Zylo yang menepati cita rasa pengguna khususnya golongan muda kini boleh dimiliki pada harga RM659

No comments:

Post a Comment