toyota prius

. . No comments:
Lebih mengejutkan apabila jentera ini hanya ada satu penanda minyak untuk perjalanan sejauh 130 kilometer selepas memandunya selama tiga hari. Malah, kenderaan ini mampu bergerak antara 800 hingga 1,000 kilometer (km) dengan hanya satu tangki penuh. Jentera hibrid ini dijana melalui tenaga petrol dan elektrik. Kelebihan motor elektrik, ia lebih responsif dan mencapai tork maksimum sepantas kilat dan sesuai untuk menggerakkan kereta daripada pegun serta untuk kelajuan perlahan. Enjin petrol pula lebih cekap untuk pemanduan kelajuan tinggi dan menjimatkan.

Tenaga hibrid berfungsi ketika menghidupkan enjin dan penulis hanya mendengar bunyi ‘beep’ menandakan ia dihidupkan.  Sistem itu membolehkan Prius bergerak di bawah kelajuan 45 kilometer sejam (km/j) dan hanya dijana menggunakan tenaga bateri sepenuhnya.  Jika kelajuan melebihi tahap itu atau menekan pedal minyak dengan kuat, enjin mula dihidup kan untuk memberi pecutan kepada jentera ini. etika dalam kesesakan jalan raya, enjinnya akan dimatikan manakala penyaman udara dijana menggunakan tenaga elektrik untuk memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Keadaan itu menjimatkan bahan api dan dapat mengurangkan pengeluaran asap.

Toyota Prius turut dibekalkan dengan tiga mod pemanduan iaitu kuasa, ekonomi dan elektrik bagi memudahkan pemandu untuk memilih keadaan pemanduan sama ada di lebuh raya atau di bandar. panel meter elektroniknya apabila menunjukkan aliran tenaga elektrik yang dicas semula untuk disimpan ke dalam bateri. Bateri Ni-MH Prius yang diletak di bonet belakang memang tahan lasak dan mampu bertahan lama. Bahagian dalamannya jelas memberi rekaan yang futuristik termasuk ruang menyimpan barang dibawa konsol tengah menjadikan Prius begitu unik.

Kawalan penyaman udara digital, sistem audio lapan pembesar suara, teknologi Bluetooth pada stereng membolehkan pemanduan menjadi lebih santai dan tenang. Sistem HUD (Head Up Display) membolehkan pemandu mengetahui kelajuan kenderaan melalui cermin hadapan tanpa perlu melihat panel meter di tengah papan pemuka. Model ini juga dibekalkan sistem Smart Entry yang membolehkan pemandu membuka pintu tanpa anak kunci, memadai menyentuh mana-mana pemegang pintu. Cuma, pastikan ‘remote sensor’ di kocek dan anda hanya perlu menekan butang ‘start’ untuk menghidupkan enjin.



SPESIFIKASI 

TOYOTA PRIUS 

ENJIN

2ZR-FXE empat silinder 16 injap DOHC VVT-i 1,798cc 

KUASA MAKSIMUM
98PS pada 5,200rpm 

TORK MAKSIMUM
142Nm pada 4,000rpm 

MOTOR ELEKTRIK: 
Permanent Magnet Synchronous 

KUASA MAKSIMUM
80PS 

TORK MAKSIMUM
546Nm 

CIRI KESELAMATAN
beg udara SRS, VSC, TRC, ABS dengan EBD, BA. 

TAYAR YANG DICADANGKAN

Corak: 
ContiComfortContact CC5

195/65R15 91H

No comments:

Post a Comment