telefon pintar untuk bajet rendah

. . No comments:
WILDFIRE dilihat lebih kompak berbanding kebanyakan telefon pintar Android lain, termasuk apabila dibandingkan dengan telefon bimbit yang mempunyai saiz skrin sama. Namun, dengan saiz yang kecil ini memberikannya lebih kelebihan apabila selesa diletakkan di dalam poket.

Malah, satu lagi nilai ekstra Wildfire adalah anda tidak perlu bersusah payah untuk membuka kunci skrinnya. Hanya dengan melalukan jari pada skrin, kuncinya terbuka tanpa perlu menekan butang-butang tertentu.

Skrin sentuhnya juga menyokong sentuhan pelbagai gerakan. Skrin yang lebih kecil itu juga dapat menyimpan tenaga lebih lama sehingga 19 jam dalam ujian penggunaan biasa. Ia juga bergantung kepada penggunaan 3G, WiFi dan GPS, namun masih boleh digunakan sepanjang hari dengan hanya sekali isian semula bateri.

Kamera 5 megapiksel Wildfire pula tipikal seperti kebanyakan telefon bimbit tetapi ia masih memberikan hasil yang baik untuk dimuatkan ke laman sosial Facebook. Ia juga mempunyai pancaran cahaya LED bagi meningkatkan mutu gambar dalam keadaan pencahayaan yang kurang.

Dengan Android 2.1, Wildfire mempunyai semua fungsi telefon bimbit yang mahal. Malah, sekiranya pengguna mahukan telefon bimbit yang berpatutan tetapi menawarkan fungsi Internet, pemetaan, e-mel dan permainan, Wildfire adalah pilihan terbaik.

No comments:

Post a Comment