Nokia 5250

. . No comments:
PERMINTAAN tinggi terhadap telefon bimbit dengan fungsi skrin sentuh mendorong syarikat pengeluar produk telekomunikasi terkenal, Nokia untuk terus menghasilkan peranti seumpama itu. Terbaru, syarikat berkenaan telah memperkenalkan model Nokia 5250 dengan sasaran pengguna biasa yang ingin beralih kepada telefon bimbit pintar.

Walaupun mempunyai binaan yang ringkas, namun ia masih mengekalkan reka bentuk moden sesuai untuk pengguna daripada pelbagai peringkat umur. Nokia 5250 didatangkan bersama sistem operasi Symbian S60 5.0 dengan memori binaan dalam 51 megabit (MB) selain disokong oleh kad memori microSD sehingga 16 gigabit (GB).

Paparannya pula disempurnakan dengan skrin TFT luas yang mempunyai nisbah 16:9 serta bersaiz 2.8 inci. Ia turut mempunyai keunikan memberi peluang kepada pengguna memuat turun beribu-ribu fail lagu dan muzik tanpa had menerusi platform Ovi Music. Di samping itu, aplikasinya juga dilengkapi bersama penalaan radio FM, akses laman web rangkaian sosial, permainan video yang boleh dimuat turun daripada Ovi Store serta capaian kepada pelbagai akaun e-mel.

Ia termasuk Ovi Mail, Yahoo Mail, Gmail dan Windows Live Hotmail untuk memudahkan pengguna menerima e-mel mereka secara mobiliti. Untuk tujuan rakaman foto pula, model berkenaan mempunyai kamera dua megapiksel.  Selain itu, pengguna juga boleh berkongsi gambar dan video yang telah diambil secara dalam talian melalui medium Ovi Share.
Kelebihan lain yang ditawarkan oleh model ini adalah seperti capaian Bluetooth 2.0, slot USB mikro dan sambungan audio visual 3.5 milimeter (mm).

Dengan berat hanya 107 gram (g), Nokia 5250 disediakan dalam pilihan warna kelabu, biru, merah, ungu dan putih. Turut ditawarkan beberapa pilihan aksesori tambahan seperti set kepala Bluetooth stereo, pembesar suara mini Nokia dan set kepala Nokia.

No comments:

Post a Comment