mendengar radio menerusi storan usb

. . No comments:

apakah internet radio masih lagi relevan. dengan kadar kelajuan internet malaysia yang semakin laju mengikut kata menteri komunikasilah. mungkin laju dari zaman dialup kot. walaupun malaysia dikategori dalam negara lembap internet tapi terpaksa juga dipakai kerana itulah aje pilihan yang kita ada. berbalik kepada internet radio mungkin ia masih relevan kepada yang bekerja di depan pc atau juga yang berada dalam office. walaupun mendapat saingan dari gadget yang memenuhi pasaran dengan harga murah namun ada yang masih memilih untuk mendengar internet radio termasuklah aku. walaupun putus putus dan delay masih ok lagilah, kalau bosan dengar boss berleter bolehlah kuatkan radio supaya suara boss tengelam. radio internet memerlukan pc or notebook jadi ia merupakan satu benda statistik. alah semua benda ada pro and kontra.

untuk mendapat perisian internet radio banyak aplikasi yang boleh memacu pc or notebook mendapat siaran dengan jelas dan nyata. RADIO SURE 2.0 antara pilihan aplikasi yang boleh dimiliki secara percuma, manusia suka kepada benda percuma dan benda percuma banyak risikonya kalau dalam internet. jadi berhati hatilah dalam memilih benda percuma bukan semua boleh disumbat kedalam pc or notebook anda. boleh disumbat tapi risikonya tanggung sendirilah. radio sure menawarkan beberapa kelebihan berbanding perisian radio internet lain. antara kelebihannya radio sure menawarkan perisian versi mudah alih yang mampu menukar storan USB Flash (thundrive) menjadi sebuah radio segera. inilah antara kelebihan yang ditawarkan oleh radio sure. banyak lagi pilihan yang anda ada jika anda semua rajin mencari dan menggali internet jangan rajin mencari benda lucah dan tidak memberi manafaat kepada diri sendiri bahkan menghancurkan.

perisian ini membolehkan anda menikmati siaran radio internet yang mana ia menyokong format seperti MP#, WMA, OGG vorbis dan ACC+. menerusi perisian radio sure ini anda boleh mendengar pelbagai siaran radio tempatan atau luar negara. setakat hari ini saja perisian ini telah mempakejkan 12,000 lebih siaran radio diseluruh dunia termasuk yang ada dalam malaysia. jika tiada masalah atau juga gangguan siaran anda boleh mendengar stesen kegemaran anda dengan lancar. selain daripada itu perisian ini memudahkan dikendalikan dan boleh diharap. perisian ini boleh merakam siaran radio untuk dimainkan berulang ulang kali sampai jemu atau untuk simpanan anda untuk cucu atau cicit anda. perisian ini boleh di dapati di internet dengan mudah. boleh didapati dengan pelbagai skin menarik. selamat memcuba.

No comments:

Post a Comment