bolasepak dan masalahnya

. . No comments:
masalah gaji pemain bolasepak dimalaysia terus meruncing, ada persatuan bolasepak berhutang kepada pemain berjumlah ribuan ringgit malaysia. bagaimanakah untuk menangani fenomena biasa ini, semua pasukan nampaknya mempunyai hutang tertunggak kepada pemain, pengurus, jurulatih dan juga pelbagai tempat lagi. bagaimanakah persatuan nak beroperasi jika hutang menggunung. tawaran gaji lumayan menjadi faktor pihak persatuan berhutang dengan pemain. kehadiran jumlah penonton ke stadium masih lagi rendah. pasukan yang menghuni carta bawah liga akan mengalami kemerosotan dari segi jumlah penonton yang hadir. semakin tinggi pasukan dalam carta liga akan mengundang kehadiran penonton ke stadium. fenomena ini berlaku semenjak dari dulu sampai sekarang, dan gejala rasuah bolasepak menghancurkan terus harapan penonton untuk hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

apakah fam tak pernah nak mengetahui dan menyelidiki apa punca sebenarnya yang terjadi disebalik peristiwa yang sentiasa menghantui pemain, persatuan dan apa jua yang terlibat dengan pemainan bolasepak. saban tahun kita akan dihidangkan dengan masalah yang sama. apakah harus pemain dipersalahkan, jangka hayat pemain untuk membolehkan mereka bermain bolasepak hanya sekadar dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun sahaja selepas itu kudrat mereka tak seampuh lagi sepertimana era kemunculan mereka. gaji yang mahal amatlah ditagih agar waktu persaraan mereka akan lebih terjamin untuk diri dan keluarga mereka. apakah fam tidak mempunyai perancangan untuk menoktahkan isu isu ini. dimanakah pro yang ada dalam fam atau hanya menuding jari mempersalahkan pemain dan persatuan.

apakah persatuan tidak mempunyai perancangan bagaimanakah untuk menjual tiket perlawanan yang mana jika jualan tiket meningkat kantung persatuan akan meningkat dan ditambah dengan tajaan dari pihak swasta yang menjangkau jutaan ringgit malaysia. dimana silapnya percaturan persatuan sampaikan saban tahun akan dihidangkan kejadian berhutang lapuk. media massa terus menulis dan menulis, jalan penyelesaian adalah terlalu jauh dari jangkauan. dimana salah dan silap pentadbiran, apakah banyak sangat berpolitik akan menimbulkan lebih banyak masalah. atau kantung persatuan bocor terlampau banyak sampaikan yang ada terus keluar tanpa meninggalkan sesen dalam persatuan. pentadbiran persatuan bolasepak negeri atau negara perlu dirombak dari atas sampai ke tanah. system feudal dalam fam dah terlalu lapuk dalam aliran  bolasepak moden. moden dari semua segi, pentadbiran, teknikal, tektikal dan segalanya.

fam dan persatuan negeri perlu dirombak dari semua segi. jenteranya dah tak berfungsi, terlampau lama menyebabkan idea idea yang ada tak sesuai disepanjang perjalanan untuk membolehkan bolasepak malaysia kembali bersinar. jangan dikisahkan lagi kegemilangan masa lampau yang sudah ditelan zaman. zaman keemasan malaysia dah berlalu. taraf bolasepak malaysia tak ubah seperti pemain dunia ketiga. tiada kemajuan langsung. tak sanggup nak berubah demi negara. serahkan saja kepada yang berminat untuk mengharumkan dan menaikkan kembali imej bolasepak malaysia kepada yang cintakan dan bermaruah untuk bolasepak malaysia. dahan dahan reput dan batang dan ranting perlu dibuang demi bolasepak malaysia. apakah persatuan akan terus berhutang sampai semua akan dijual untuk melangsaikan hutang. perbelanjaan berhemah dan cara mentadbir persatuan perlu dipelajari kembali.

No comments:

Post a Comment