air suam rm1

. . No comments:
mahalnya air suam sekarang, di pulau pinang air suam dijual sampai satu ringgit, kalau macam ni boleh lah meniaga air suam sahaja. untung seribu peratus nampaknya. apakah kpdnkk akan bertindak sebagaimana kata pegawai mereka atau hanyalah bercakap sahaja. sudah lama kegiatan ini berlangsung. apabila menjelang syawal dan dipertengahan syawal banyak kedai akan menjual air lebih daripada harga biasa. ada kedai yang menyediakan makanan dengan harga yang melebihi harga biasa. pengguna terpaksa juga membeli kerana pengguna tiada pilihan lain. bukan setakat air suam dijual dengan harga seringgit lain lain barangan juga dinaikkan oleh penjual dengan sewenang wenangnya.

diterengganu, daging lembu sebelum ramadhan atau syawal dijual dengan harga rm18 sekilogram, bila menjelang nak menyambut hari lebaran, daging lembu tempatan dijual dengan harga rm2o sekilo. mahu tak mahu pengguna terpaksa membayarnya walaupun kpdnkk mengatakan harga jualan daging lembu tempatan tak akan naik walaupun syawal menjelang. kenaikan 2 ringgit satu kilo begitu membebankan pengguna jika pengguna membeli 10 kila bermakna pengguna akan hilang satu kilo akibat kenaikan harga bagi penjual yang dajal ini. apakah kpdnkk tak ada kuasa nak menyekat peniaga yang rakus ini. semua tempat dipasar dinegeri terengganu menjual daging lembu dengan harga rm20. pengguna terpaksa membeli kerana peniaga sepakat menaikkan harga daging lembu.

kpdnkk tak mampu menyekat dan membendung kegiatan menaikkan harga sesuka hati kerana tiada tindakan dikenakan kepada peniaga. kerajaan hanya bercakap kosong sahaja tanpa mengambil langkah sewajarnya. kenaikan harga barang berlaku setiap kali menyambut syawal dan apakah kerajaan melalui kpdnkk tak tahu tentang kegiatan ini. saban tahun kenaikan harga barang berlaku dan bohong kalau kerajaan tidak mengetahuinya. jadi pemantauan pegawai pegawai kpdnkk hanya sebagai silap mata kepada rakyat. peniaga boleh berbuat apa saja dan hanya dikenakan tindakan minima. golongan peniaga akan terus menindas pengguna kerana kerajaan tak mampu berbuat apa apa demi kesejahteraan rakyat. dengar boleh nak percaya ada tindakan mustahil. ismail sabri menteri kpdnkk hanyalah memuji diri sendiri yang lain tak jalan pun. kegiatan menaikkan harga barang berlaku setiap hari dimana mana jua.

No comments:

Post a Comment