Nokia E5

. . No comments:
Bagi mereka yang mempunyai jadual padat boleh mempertimbangkan telefon bimbit ini kerana Nokia E5 direka untuk memenuhi keperluan sosial dan bisnes. Ia menawarkan peralatan permesejan dan rangkaian sosial untuk anda bersembang menerusi MSN atau Yahoo! Chat, mengemaskini status Twitter, atau merakam gambar menggunakan kamera 5 megapikselnya dan terus memuat naik ke akaun Facebook. Ia turut didatangkan dengan kekunci QWERTY untuk memudahkan anda menaip mesej atau emel. E5 menyokong hampir 90% servis emel korporat seperti Mail for Exchange dan IBM Lotus Notes Traveler serta emel popular lain termasuk Yahoo!, Gmail, Windows Live dan Ovi Mail. Baru di E5, anda boleh mengakses 20 aplikasi kegemaran terus di skrin utamanya.


SPESIFIKASI
GSM 850/900/1800/1900/ WCDMA. S60 Edisi 3. Skrin 2.4" QVGA LCD. Memori 250MB/ mciroSD 32GB. WLAN/ Bluetooth 2.0/ A-GPS/ microUSB/ AV Connector 3.5mm. 1klik SMS/MMS/Emel/IM. Kekunci QWERTY. Ovi Maps/GTalk/Facebook/MSN. Kamera 5MP/Fokus/LED Flash/Ovi Store/Flickr. Kunci Peranti/Kunci Melalui SMS/ Enskripsi Kad Memori. Saiz 115x 58.9x
12.8mm/ 126g.

No comments:

Post a Comment