blackberry di malaysia

. . No comments:
kecanggihan handphone keluaran kanada ini nampaknya memberikan impak yang besar kepada seluruh dunia. sampaikan ada negara yang mengharamkan penggunaannya. telefon pintar ini memberikan kemudahan kepada pengguna yang mementingkan pergerakkan pantas. pengguna blackberry boleh memantau saja apa saja aplikasi yang mahu digunakannya. email tersedia bila bila masa saja. pengguna blackberry boleh menerima email yang dihantar oleh orang lain samada menggunakan email atau menggunakan telefon bimbit jenis lain. kecepatan blackberry menerima dan menghantar mesej begitu mengkagumkan penggunanya. dalam masa 5 saat pengguna blackberry sudah menerima email, mesej atau untuk memuatnaik gambar ke facebook.

walaupun harganya dikatakan mahal tetapi kepada pengguna yang sentiasa bergerak, blackberry adalah satu keperluan dalam hidup. pengguna blackberry berharap malaysia tak akan mengikuti langkah negara lain yang mengharamkan penggunannya. jika negara malaysia mengambil langkah yang sama ia akan menyebabkan langkah ini seolah olah langkah undur ke belakang. walaupun server blackberry dikawalselia dengan ketat untuk mengelakkan kebocoran maklumat yang dihantar. pertelagahan antara kerajaan dan blackberry akan sentiasa ada kerana blackberry akan menjaga maklumat penggunanya dari disebarkan kepada umum dan kerajaan mahu blackberry boleh memberikan maklumat jika ia dimahukan oleh pihak kerajaan sesebuah negara. pertelingkahan ini akan tiada penghujungnya kerana kedua dua akan ada pro dan kontra.

kepada pengguna yang mementingkan kecepatan maklumat, blackberry memberikan segalanya. walaupun dengan harga yang agak mahal dan sewa agak tinggi menyebabkan telefon ini masih lagi barang yang dikira mewah kepada penggunanya. walaupun mendapat saingan dari Iphone namun blackberry masih mampu berada dipuncak kegemilangannya. pengguna blackberry boleh menerima berita lebih cepat dari orang lain kerana internet tersedia dalam masa 24 jam. internet boleh dilayari dimana jua. penggila kepada penggunaan facebook, twitter atau segala laman web sosial adalah menjadi satu lambang kejayaan blackberry dalam menghubungkan penggunaan aplikasi laman sosial ini. memuatnaik gambar dalam jangkamasa lebih cepat memudahkan pengguna facebook menikmati gambar yang diupload dengan cepat sekali.

No comments:

Post a Comment