blackberry curve 3g

. . No comments:

SYARIKAT pengeluar telefon bimbit pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) baru-baru ini telah memperkenalkan model terbarunya, Curve 3G (Curve 9300). model terbaru blackberry ini lebih canggih dan lebih maju dalam aplikasinya. menggunakan aplikasi termajunya ia akan menjadi pilihan ramai yang mahukan lebih kelajuan dalam melayari intene Berbeza daripada beberapa siri Curve sebelum ini yang hanya dilengkapi akses rangkaian EDGE (2.5G), kehadiran model ini pasti akan memberi kepuasan kepada pengguna menerusi tawaran sambungan 3G (HSDPA) berkelajuan tinggi. Dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan penggunanya di seluruh dunia, tawaran spesifikasi terbaik pada Curve 3G ini bakal melengkapkan aktiviti komunikasi individu di mana sahaja mereka berada.

Dengan capaian 3G, ia akan memudahkan operasi seperti pelayaran Internet lebih pantas, kelancaran permainan muzik serta menyokong aktiviti komunikasi menerusi laman sembang. Menurut Pengarah Urusan RIM Asia Tenggara, Gregory Wade, BlackBerry Curve 3G itu dilengkapi spesifikasi canggih dan terkini untuk keperluan pengguna moden. "Menerusi capaian 3G dan juga Wi-Fi, pengguna dapat mengakses maklumat dan menjalankan komunikasi dengan lebih pantas. "Di samping itu, mereka turut ditawarkan dengan beberapa aplikasi lain seperti BlackBerry Messenger (BBM) dan akses rangkaian laman web sosial,'' katanya. Tidak cukup dengan itu, produk selular pintar tersebut juga disempurnakan bersama papan kekunci QWERTY penuh, pad trek optik untuk navigasi lebih lancar, sistem penentu kedudukan global (GPS) binaan dalam dan kekunci media untuk kemudahan capaian fail media pada bila-bila masa.

Bagi fungsi multimedia, ia dilengkapi dengan kamera dua megapiksel yang boleh menjalankan fungsi rakaman video. Untuk ruang storan pula, ia menyokong kad memori microSD dan SDHC dengan kapasiti sehingga 32 gigabit (GB). Apa yang menarik, model berkenaan dipacu menggunakan sistem operasi terbaru yang diperkenalkan oleh BlackBerry iaitu BlackBerry 6. Ia menawarkan ciri-ciri operasi yang lebih segar dan berkuasa selain mudah untuk dikendalikan. Model terbaru Curve 3G itu bakal berada di pasaran pada pertengahan bulan ini. kecepatan penghantaran data akan menjadi keutamaan pengguna dan model ini dijangka akan cepat laris dipasaran. keperluan masa kini yang semakin maju

No comments:

Post a Comment